Wednesday, November 24, 2010

PENGENALAN

Isipadu Cecair

Isipadu cecair merupakan satu topik yang mana ianya merupakan satu pengukuran terhadap kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Untuk mengukur isipadu cecair, pelajar terlebih dahulu perlu mengetahui apa yang hendak disukat. Bagi pelajar tahun 2 kemungkinan ini menjadi satu kesukaran bagi mereka untuk mempelajari topik ini, kerana adakalanya berlaku pelajar tersalah konsep berkaitan perbandingan dan pengukuran isipadu cecair. Sesetengah pelajar mempunyai tanggapan mengenai konsep panjang dengan membuat perbandingan dari segi tinggi dan bukannya dari segi kapasiti sesuatu isipadu. Apabila soalan dikemukakan kepada pelajar berkaitan bekas mana yang mempunyai isipadu yang lebih, sama ada bekas yang tinggi atau yang rendah, kebanyakan pelajar tahun 2  akan memilih bekas yang tinggi. Tetapi yang sebenarnya adalah bekas yang lebih rendah mempunyai lebih isipadu. Oleh yang demikian, pelajar perlulah  bermula dengan membuat perbandingan secara langsung dengan mengkaji kapasiti sesuatu bekas terlebih dahulu bagi mengelakkan berlaku salah konsep dalam pengukuran isipadu cecair ini.

Isipadu cecair ataupun kapasiti cecair boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai seperti penuh, separuh penuh dan kosong. Selain itu, isipadu cecair ataupun kapasiti cecair juga boleh diukur dengan menggunakan standard unit iaitu unit piawai  seperti millimeter (ml) dan juga liter (l). Di antara kemahiran yang terdapat dalam topik isipadu cecair ialah mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai,  mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai dan mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam milliliter ( ml ) dan juga liter ( l ).

No comments:

Post a Comment