Wednesday, November 24, 2010

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran 1

( Murid yang cemerlang )
Hasil Pembelajaran : Pelajar dapat membandingkan dan mengukur isipadu cecair    
                                  melalui perbandingan secara langsung menggunakan unit 
                                  bukan piawai.

Bahan bantu belajar : Kad berbentuk bikar, cawan, botol, jug, mangkuk, gelas

Kosa kata : Kosong, Separuh Penuh dan Penuh


Langkah-langkah aktiviti p & p: 



1. Guru menunjukkan bikar yang sama saiz dan bentuk dengan tahap air yang berbeza.

     Guru menyoal murid tentang tahap air yang terdapat dalam bikar  tersebut.

2. Paparkan video. Murid menonton video.
3. Setelah menonton video, guru menjelaskan tentang konsep perbandingkan kapasiti
    diantara dua bekas dengan menggunakan pelbagai bahan yang berbeza bentuk dan
    saiz dengan membuat demonstrasi.
4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
5. Di dalam setiap kumpulan, diberikan 1 jug air, 1mangkuk air, botol, gelas dan
  cawan. Pelajar diminta membuat anggaran terlebih dahulu sebelum mendapatkan
  bilangan ( jumlah ) yang sebenar.
6. Murid diminta untuk merekodkan hasil anggaran dan jumlah bilangan yang sebenar
    didalam jadual yang disediakan.
7. Murid menjawab soalan interaktif untuk menguji tahap kefahaman murid-murid.
8. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi dengan tempoh masa yang 
  ditetapkan oleh guru.
9. Perbincangan jawapan dan murid membuat rumusan dengan bimbingan guru. 

No comments:

Post a Comment