Isipadu Cecair Tahun 2
Thursday, November 25, 2010
Wednesday, November 24, 2010
PENGENALAN
Isipadu Cecair
Isipadu cecair merupakan satu topik yang mana ianya merupakan satu pengukuran terhadap kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Untuk mengukur isipadu cecair, pelajar terlebih dahulu perlu mengetahui apa yang hendak disukat. Bagi pelajar tahun 2 kemungkinan ini menjadi satu kesukaran bagi mereka untuk mempelajari topik ini, kerana adakalanya berlaku pelajar tersalah konsep berkaitan perbandingan dan pengukuran isipadu cecair. Sesetengah pelajar mempunyai tanggapan mengenai konsep panjang dengan membuat perbandingan dari segi tinggi dan bukannya dari segi kapasiti sesuatu isipadu. Apabila soalan dikemukakan kepada pelajar berkaitan bekas mana yang mempunyai isipadu yang lebih, sama ada bekas yang tinggi atau yang rendah, kebanyakan pelajar tahun 2 akan memilih bekas yang tinggi. Tetapi yang sebenarnya adalah bekas yang lebih rendah mempunyai lebih isipadu. Oleh yang demikian, pelajar perlulah bermula dengan membuat perbandingan secara langsung dengan mengkaji kapasiti sesuatu bekas terlebih dahulu bagi mengelakkan berlaku salah konsep dalam pengukuran isipadu cecair ini.
BAHAN BANTU BELAJAR 1
Bahan Bantu Belajar 1
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran 1 [ Murid yang cemerlang ]
kad berbentuk bikar,
cawan,
botol,
jug,
mangkuk,
gelas
air berwarna
Penerangan:
Bahan Bantu Belajar ( BBB) yang digunakan ini terdiri daripada bahan yang jernih daripada pelbagai bentuk dan saiz supaya isipadu air dapat dilihat dengan jelas untuk mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.Bahan Bantu Belajar 2
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran 2 [ Murid yang lemah ]
Bahan-bahan yang di gunakan:
beberapa botol yang bebeza saiz,
gelas
cawan
jug
Penerangan:
Bahan Bantu Belajar ( BBB ) yang digunakan ini terdiri daripada bahan yang pernah murid gunakan dan lihat di dalam kehidupan mereka seharian bagi menunjukkan istilah-istilah penuh, separuh penuh dan kosong. Bahan – bahan yang jernih daripada pelbagai bentuk dan saiz digunakan supaya isipadu air dapat dilihat dengan jelas.
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran 1
( Murid yang cemerlang )
Hasil Pembelajaran : Pelajar dapat membandingkan dan mengukur isipadu cecair
melalui perbandingan secara langsung menggunakan unit
bukan piawai.
Bahan bantu belajar : Kad berbentuk bikar, cawan, botol, jug, mangkuk, gelas
Kosa kata : Kosong, Separuh Penuh dan Penuh
Langkah-langkah aktiviti p & p:
1. Guru menunjukkan bikar yang sama saiz dan bentuk dengan tahap air yang berbeza.
Guru menyoal murid tentang tahap air yang terdapat dalam bikar tersebut.
2. Paparkan video. Murid menonton video.
3. Setelah menonton video, guru menjelaskan tentang konsep perbandingkan kapasiti
diantara dua bekas dengan menggunakan pelbagai bahan yang berbeza bentuk dan
saiz dengan membuat demonstrasi.
4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
5. Di dalam setiap kumpulan, diberikan 1 jug air, 1mangkuk air, botol, gelas dan
cawan. Pelajar diminta membuat anggaran terlebih dahulu sebelum mendapatkan
bilangan ( jumlah ) yang sebenar.
6. Murid diminta untuk merekodkan hasil anggaran dan jumlah bilangan yang sebenar
didalam jadual yang disediakan.
7. Murid menjawab soalan interaktif untuk menguji tahap kefahaman murid-murid.
8. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi dengan tempoh masa yang
ditetapkan oleh guru.
9. Perbincangan jawapan dan murid membuat rumusan dengan bimbingan guru.
Jadual Anggaran
Kumpulan:___________________ Tarikh:_______________
Jadual anggaran dan jumlah sebenar isipadu cecair
Subscribe to:
Posts (Atom)


